Sebenarnya terdapat cara mudah untuk bersenam - tanpa perlu menukar pakaian senaman atau ke padang / gym untuk membakar lemak dalam badan. Formulanya , berdasarkan
DENYUTAN NADI
Formulanya : 220 ditolak umur kita dan didarab dengan 80% .
Cth : 220 - 42 (umur ) dan di darab 80% = 142 denyutan / minit.
Dalam keadaan normal manusia mempunyai +- 70 denyutan nadi seminit. Jadi apa yang diperlukan untuk mencapai 142 denyutan seminit ini. Jawapannya pergerakan badan/senaman. Di sebarang tempat dan masa anda masih boleh membakar lemak dan mengulanginya setiap 3 jam @ 6 kali ulangan dalam 18 jam seharian. Satu sesi hanya mengambil masa kurang 10 min.
TIGA SENAMAN RINGKAS MEMBAKAR LEMAK ANDA
1. Tekan tubi
2. Melompat sambil menghayung tangan ke atas. Dari kedudukan separa mencangkung, tangan dihayun dari
depan ke atas melepasi kepala, ulang dan ulang
3. Senaman mendaki ( di lantai - seperti kedudukan pelari di permulaan garisan )
* Pilih SALAH SATU daripada teknik ini dan lakukan 20 kali tanpa henti. Anda akan mengah dan pastinya denyutan jantung akan mencapai sasaran anda.
Kesinambungan dalam senaman adalah kuncinya. Tiada guna bersenam 2 jam setiap sessi untuk seminggu sekali disebabkan kesuntukan masa. Kaedah ini pasti berkesan untuk anda. Mari bersama mencubanya dan nikmati hari tanpa tekanan dan kekal bertenaga.
Lebih maklumat lawati http://aaintan.my
Walaubagimana pun bersenam 3 atau 4 kali seminggu dengan kaedah dan ruang senaman yang betul adalah lebih baik dan berkesan .
DAN PADA KETIKA ANDA MEMBACA BARIS AYAT INI, ANDA SEPATUTNYA SEDANG BERDIRI UNTUK MENCUBA LAKUKAN SALAH SATU SENAMAN DI ATAS. SELAMAT BERSENAM
